Kursus Usahawan bersama Pegawai Mara
06 Disember 2017 | Aktiviti TerkiniRTC Felcra Bukit Tandak telah bekerjasama dengan PI Bukit Tandak menganjurkan Kursus Usahawan bersama Pegawai Mara Pasir Mas. Program ini diadakan pada 05 Disember 2017 bermula jam 2.00pm hingga 6.00pm dan seramai 17 yang turut serta. Tujuan utama kursus untuk menggalakan lagi komuniti setempat untuk menceburi bidang keusahawanan @ perniagaan (yang sudah mempunyai perniagaan).
Ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat tentang skim pembiayaan/pinjaman modal untuk usahawan beserta syarat-syaratnya. Selain itu juga, aktiviti ini dapat memberi banyak kebaikannya. Antaranya adalah peserta diterangkan tentang bagaimana dan cara untuk memohon pinjaman perniagaan untuk modal supaya proses permohonan diluluskan dengan cepat dan tiada kesilapan. Ia juga dapat menambahkan lagi pengetahuan kepada peserta mengenai keusahawanan.
Akses kepada pembiayaan perniagaan
- SPiKE (Skim Pembiayaan Kontrak Expres MARA)
- SJUM (Skim Jaminan Usahawan MARA)
- SPiM (Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan
- SEMAi(Skim Pembiayaan Perniagaan Lepasan IPMa)
- SPF (Skim Pembiayaan Factoring)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: