Sosioekonomi Dan Keusahawanan
Pekebun Getah & Kelapa Sawit
60% daripada penduduk Mukim Bukit Tandak bergantung kepada hasil getah dan kelapa sawit sebagai punca rezeki yang juga adalah sumber pendapatan utama penduduk kampung di kawasan ini.
Penternakan
20% daripada penduduk Mukim Bukit Tandak adalah terdiri daripada golongan penternakan. Antara ternakan utama yang diusahakan adalah lembu, biri-biri, kambing dan ikan. Antara penternak lembu yang berjaya di kawasan Kg Bukit Tandak adalah En. Mohd Sakri Bin Daud. Dalam kawasan seluas 1 ekar, beliau membina kandang untuk lembu yang di pelihara ini membesar dengan sihat. Tambahan pula beliau hanya menggunakan makanan organik untuk lembu yang di ternak ini.
Kedai makan
Bagi penggemar makanan mee celup, kedai makan Kak Za Mee Celup menyajikan mee celup, bihun celup, kuew teaw celup, nasi air dan masakan panas yang dibuat dengan resepi yang terbaik. Beliau sudah mengusahakan kedai makan ini hampir 20 tahun. Ia terletak berhampiran dengan Sek Men Keb Baroh Pial.