Soalan Lazim Kampung Tanpa Wayar (KTW)

Apa yang dimaksudkan dengan inisiatif Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia?

Inisiatif Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia (KTW) adalah satu program di bawah SKMM dalam menyediakan perkhidmatan WiFi secara hotspot di lokasi-lokasi yang terpilih terumatanya kawasan luar bandar di seluruh negara.

Bagaimanakah caranya sekiranya saya ingin menggunakan perkhidmatan WiFi tersebut?

Pengguna boleh merujuk kepada papan tanda KTW yang disediakan di setiap lokasi; menandakan terdapat perkhidmatan WiFi untuk kegunaan orang ramai / penduduk setempat.

Adakah saya perlu mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan WiFi tersebut; jika ada bagaimanakah caranya? Adakah terdapat sebarang bayaran dikenakan semasa mendaftar?

Pengguna boleh mendaftar secara ‘online’ selepas berjaya menyambung perkhidmatan WiFi tersebut kepada peralatan komputer (komputer riba, netbook, tablet) dan telefon pintar. Pengguna perlu mendaftar untuk mendapatkan ID pengguna dan kata laluan terlebih dahulu untuk melayari internet. Tiada sebarang bayaran dikenakan semasa pendaftaran.

Saya telah cuba untuk mendaftar tetapi masih tidak berjaya. Apakah langkah seterusnya yang perlu saya buat?

Pengguna boleh merujuk kepada papan tanda KTW untuk berhubung dengan pemberi perkhidmatan, Pejabat Wilayah SKMM atau Biro Aduan Pengguna SKMM untuk mendapatkan bantuan.

Saya ingin membuat aduan mengenai mutu perkhidmatan WiFi yang tidak memuaskan. Di mana saya boleh melaporkan sebarang aduan kerosakan?

Pengguna boleh merujuk kepada papan tanda KTW untuk berhubung dengan pemberi perkhidmatan, Pejabat Wilayah SKMM atau Biro Aduan Pengguna SKMM untuk membuat sebarang aduan kerosakan.