Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Masjid Beijing Rantau Panjang
Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (atau sinonim dengan nama Masjid Beijing) merupakan sebuah masjid yang terletak di pekan Rantau Panjang, di dalam jajahan Pasir Mas, Kelantan. Senibina masjid ini amat unik kerana menggabungkan senibina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di Beijing, China
Zon Bebas Cukai Rantau Panjang.
Pelbagai jenis barangan boleh didapati di bandar ini bermula dari pakaian, makanan hinggalah barangan dapur yang agak bermutu yang boleh dibeli dengan harga yang agak berpatutan dan murah jika dibandingkan dengan harga di kedai-kedai biasa.
Empangan Bukit Kwong.
Empangan Bukit Kwong terletak di negara Kelantan Darul Naim berhampiran sempadan Malaysia-Thai di latitud 500 57.3' U dan longitude 1010 57.9' T. Empangan ini terletak kira-kira 8km di barat daya bandar Rantau Panjang dan boleh dimasuki dari bandar melalui jalan turap. Kawasan tadahannya adalah lebih kurang 11km persegi yang disalirkan oleh Sg. Tandak Liang yang mengalir ke dalam Sungai Golok, sungai utama dalam lembangan Sg. Golok.
Kedai Makan
Bagi penggemar makanan mee celup, kedai makan Kak Za Mee Celup menyajikan mee celup, bihun celup, kuew teaw celup, nasi air dan masakan panas yang dibuat dengan resepi yang terbaik. Kedai Makan Kak Za Mee Celup ini berada di Kg Bukit Tandak, Rantau Panjang.
Gelanggang Futsal
Terdapat juga gelanggang futsal yang beroperasi setiap hari bermula dari jam 10 pagi sehingga 12 malam. Bayaran yang dikenakan amat berpatutan.