Kursus Adobe Photoshop
22 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 21 Januari 2018, telah diadakan satu Kursus Adobe Photoshop kepada pelajar sekolah tingkatan 4. Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Tandak. Kursus ini telah bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada 6.30 petang. Tujuan kursus adobe photoshop ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan lebih terperinci berkaitan dengan fungsi dan penggunaan adobe photoshop. Fungsi adobe photoshop adalah untuk penyuntingan gambar,membuat kesan gambar dan juga membuat tulisan dengan kesan yang tertentu. Di dalam kelas multimedia ini, mereka telah diajar cara untuk membuat kesan gambar dengan menghilangkan latar belakang pada setiap gambar yang dipilih. Mereka boleh menggunakan “eraser tool”, “background eraser tool” dan juga “magic eraser tool”.
Dengan menggunakan salah satu daripada “tool” tersebut, mereka boleh menghilangkan latar belakang sesuatu gambar. Apabila telah siap menyunting, mereka boleh menyimpan dengan menggunakan format PNG. Di akhir kelas multimedia ini, mereka telah berjaya menghilangkan latar belakang gambar yang telah di pilih. Dengan adanya kursus adobe photoshop ini, mereka dapat mempelajari cara untuk menyunting gambar dengan betul dan mudah hanya dengan menggunakan adobe photoshop.Peserta juga dapat mengedit gambar produk untuk tujuan mempromosikan produk peserta. Peserta diberi tugasan menyiapkan satu iklan promosi dengan menggunakan tools yang diajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: