Kursus Keusahawanan
04 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPusat Internet 1 Malaysia Bukit Tandak bukan sahaja pusat untuk komuniti menggunakan kemudahan ICT tapi merupakan pusat sehenti untuk masyarakat mendapatkan ilmu mengenai keusahawanan. Pada 03 Februari 2018 yang lalu PI Bukit Tandak telah menganjurkan Kursus Keusahawanan dengan menggunakan modul dari Intel yang disampaikan oleh Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Tandak. Selain taklimat, peserta juga dikehendaki membuat perbincangan supaya memberi idea-idea untuk penigkatan kemajuan sesuatu perniagaan, kemudian membentangkan hasil perbincangan tersebut.
Matlamat utama penganjuran kursus ini oleh pihak PI adalah untuk membantu komuniti setempat yang berminat menjadi usahawan ataupun golongan yang sudah bergelar usahawan namun ingin menambah ilmu keusahawanan mereka untuk meningkatkan lagi perniagaan. Selain itu kursus ini juga ingin membantu golongan lepasan sekolah yang ingin menjadikan perniagaan sebagai salah satu bidang yang ingin diceburi.
Pihak PI menjadikan remaja-remaja yang tidak mempunyai pekerjaan sebagai kumpulan sasaran untuk menyertai program ini. Mungkin dengan sedikit pendedahan yang diberikan mampu memberi idea kepada mereka untuk berniaga sendiri dan menjadikan perniagaan sebagai salah satu karier. Sebagai permulaan untuk program ini seramai 12 peserta telah menyertai bengkel ini. Mereka kesemuanya merupakan komuniti Felcra Bukit Tandak. Harapan kami agar program ini dapat member manfaat kepada mereka untuk memulakan dan memajukan perniagaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: