Kursus Keusahawanan

28 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Bukit Tandak bukan sahaja pusat untuk komuniti menggunakan kemudahan ICT tapi merupakan pusat sehenti untuk masyarakat mendapatkan ilmu mengenai keusahawanan. Pada 25-27 Mei, 9.30 pagi hingga 4.30petang selama 2 hari, PI Bukit Tandak telah menganjurkan Kursus Keusahawanan dengan menggunakan modul dari Intel yang disampaikan oleh Penolong Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Tandak

Matlamat utama penganjuran kursus ini oleh pihak PI1M adalah untuk menarik minat golongan setempat menceburi bidang keusahawanan atau perniagaan. Antara aktiviti yang dibuat adalah Pengenalan Asas Keusahawanan menggunakan modul INTEL, Microsoft Word dan cara-cara penggunaan Internet. Mereka kesemuanya merupakan penduduk Mukim Bukit Tandak. Harapan kami agar program ini dapat member manfaat kepada mereka untuk memulakan dan memajukan perniagaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas