Kursus Inovasi Usahawan Desa (Modul 1)
16 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniProgram ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini berkaitan dunia perniagaan digital kepada usahawan-usahawan desa yang mempunyai produk mereka sendiri yang dapat dikomersilkan dengan bantuan dari segi teknikal dan taktikal oleh staf-staf dari Pusat Internet Kelantan yang dijalankan selama 3 bulan secara bersiri.
Untuk modul 1 (15 Mac 2019), para usahawan didedahkan dengan taklimat advokasi. Staf PI menerangkan mengenai kebaikan dan keburukan Internet pada masa sekarang. Video Klik dengan bijak ditayangkan pada usahawan supaya mereka faham apa itu internet. Usahawan juga diberi penerangan mengenai BMC (Business Model Canvas), FB Ads, Instagram (IG) serta Facebook Page. Para usahawan diberi tugasan untuk disiapkan iaitu membuat Business Model Canvas berdasarkan perniagaan yang usahawan jalankan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: