Kursus Inovasi Usahawan Desa (Modul 1-Siri 2)
17 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniProgram ini merupakan satu platform bagi menghebohkan informasi terkini berkaitan dunia perniagaan digital kepada usahawan-usahawan desa yang mempunyai produk mereka sendiri yang dapat dikomersilkan dengan bantuan dari segi teknikal dan taktikal oleh staf-staf dari Pusat Internet Maxis Kelantan yang dijalankan selama 3 bulan secara bersiri.
Kursus kali ini, para usahawan diajar mengenai teknik-teknik yang digunakan pakai untuk membantu usahawan mengembangkan produk masing-masing seperti teknik mengambil gambar produk dan menggunakan Adobe Photoshop untuk mengubahsuai gambar mengikut kehendak usahawan.
Usahawan juga diajar cara-cara mengambil dan mengolah video menggunakan software di telefon untuk tujuan mempromosikan produk mereka menggunakan video.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: