TTT Kluster Pasir Mas bagi Penolong Pengurus

19 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Januari 2019 yang lalu, seramai 5 orang Penolong Pengurus Pusat Internet bagi Kluster Pasir Mas telah berkumpul di Pusat Internet Tendong, Pasir Mas untuk menyertai kursus TTT yang berlansung selama 4 jam. Tujuan program ini adalah untuk menyampaikan taklimat advokasi semasa kepada para peserta serta membantu menyampaikan info terkini serta bahan bantuan bagi setiap Pusat Internet yang ada di dalam Kluster Pasir Mas.

Sesi dimulakan dengan penerangan dan taklimat advokasi yang disampaikan oleh En Azwan selaku wakil kluster di mana beliau adalah Penolong Pengurus bagi PI Tendong. Di dalam kursus ini, peserta dapat mempelajari tiga modul pembelajaran TTT yang turut disertakan dengan aktiviti bagi setiap modul. Antaranya adalah :
Modul 1 : Asas Klik Dengan Bijak ( Komunikasi & Multimedia )
Panduan Aktiviti Menjadi Mata-mata Gelap Di Internet
Modul 2 : Pengurusan Risiko Dalam Talian
Panduan Aktiviti Mengenai Pasti Muslihat & Penipuan Internet
Modul 3 : Membina Kebingkasan

Penyampaian yang ringkas dan padat ini banyak memberi impak kepada semua peserta yang hadir. Sesi ini diakhiri dengan mengambil gambar bersama peserta yang hadir.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas