eLearnig Bahasa Inggeris melalui Live Tutorial eKelas
24 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 23 Februari 2019 yang lalu, Pusat Internet Bukit Tandak telah mengadakan program bersama Maxis bagi Sesi Pembelajaran secara Live Tutorial. Program ini merupakan salah satu inisiatif oleh Maxis untuk menerapkan nilai dan ilmu digital di kalangan staf Pusat Internet dan juga pelajar-pelajar terutama yang terlibat dengan Program eKelas Portal bagi membantu pelajar-pelajar ini membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan yang akan mereka tempuh nanti.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memanfaatkan kuasa platform digital bagi tujuan penambaikan bagi portal eKelas. Seramai 30 orang pelajar yang terdiri daripada murid-murid Darjah 6, pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 telah menyertai kelas ini yang berlansung selama 3 jam bermula jam 3.00 petang hingga 6.00 petang. Semoga dengan pendekatan ini lebih ramai lagi pelajar-pelajar akan datang ke Pusat Internet Bukit Tandak untuk menggunakan Portal eKelas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: