Hari Terbuka Pi Semuba dan Demontrasi Kebakaran kerjasama Pi Bukit Tandak
29 April 2019 | Aktiviti TerkiniPASIR MAS, 28 Apr ( Malaysiaaktif) – Musim kemarau yang panjang boleh menyebabkan kemungkinan yang tinggi berlakunya insiden kebakaran kepada hutan dan bangunan.
Sebagai langkah persediaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesyorkan setiap rumah mempunyai satu alat pemadam api bagi memadam kebakaran kecil di peringkat awal sebelum api merebak lebih besar lagi.
Alat ini mudah diperoleh di pasar raya dan kedai yang menjual peralatan elektrik atau kedai yang menjual barangan pembinaan. Ianya murah sekadar RM50 hingga RM200 bergantung kepada kuantiti dan isi kandung di dalamnya.
Namun disyorkan setiap rumah perlu mempunyai alat pemadam api seberat 9 kilogram kerana sesuai dengan kebakaran kecil di rumah.
Tetapi perlu dipastikan terlebih dahulu jenis kebakaran dan alat pemadam api yang sesuai supaya kebakaran yang berlaku dapat dipadamkan dengan lebih berkesan.
Menurut Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah Pasir Mas, Adenan Mohd Juri, 48, alat ini penting untuk memadam kebakaran kecil di peringkat awal, bahkan boleh menyelamatkan harta benda dari musnah dijilat api.
“Kesedaran masyarakat terhadap kepentingan dan kebaikan alat pemadam api masih rendah, jika alat pemadam api ada di setiap rumah dan masyarakat tahu menggunakannya, kebakaran boleh dicegah awal,” ujar beliau ketika ditemui pada Program Hari Terbuka Jalur Lebar Bersama Bomba dan Masyarakat di Perkarangan Pusat Jalur Lebar Kampung Semubar, Chetok, Pas Mas, semalam.
Katanya lagi, namun begitu alat pemadam ini perlu diletakkan di tempat yang jelas kelihatan dan mudah diambil, jika berlaku kebakaran dan dalam tempoh setahun sekali alat pemadam api ini perlu diperiksa agar berfungsi dengan baik apabila hendak menggunakannya.
Selain ceramah kebakaran dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Pasir Mas, turut diadakan juga demonstrasi pemadaman kebakaran, pameran serta cabutan nombor bertuah dan dihadiri hampir 200 orang masyarakat tempatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: