Program Cakna Rakyat
13 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniFelcra Bukit Tandak telah bekerjasama untuk menjayakan program Mini Karnival Kesihatan yang diadakan pada 12 Oktober 2018 jam 9.30am hingga 1.30am. Program ini juga dibantu oleh Persatuan Belia Felcra dari segi persediaan tempat, PA System dan sebagainya. Terdapat beberapa agensi kerajaan yang turut terlibat iaitu:
- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Pendaftaran eKasih
- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
- PTPTN dan SSPNi
- Usahawan Kecil (IKS)
- mySalam
- Permohonan Rumah Mesra Rakyat (SPNB)
- Permohonan Rumah PPRT
Selain itu juga, diselitkan dengan Taklimat myfreeview dibawah anjuran Pusat Internet. Dengan adanya program seperti ini, staf Pi dapat mempromosikan aktiviti Pi dan dapat membantu masyarakat kampung seperti menukar kad pengenalan, membuka akaun tabung haji, perbaharu ‘roadtax’ motosikal, memeriksa kesihatan dan pelbagai lagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: