Kelas Rahsia Bisnes di SHOPEE
14 April 2019 | Aktiviti TerkiniPerniagaan internet e-dagang kini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan kerana perubahan gaya hidup dimana orang ramai ingin membeli belah dalam keselesaan dirumah. Selain itu, kebaikan membeli belah secara online ini ialah pembeli dapat mencari sesuatu barangan dengan harga yang lebih murah berbanding membeli di kedai fizikal.
Seterusnya, ramai juga pembeli yang merasakan lebih banyak pilihan boleh dibuat apabila membeli secara atas talian ini. Dan perkara yang paling penting ialah keselamatan semasa membuat transaksi secara online di platform popular seperti Shopee dan Lazada lebih diyakini oleh pembeli. Para peniaga tidak perlu mahir sesuatu aplikasi, tidak perlu pandai menghasilkan ayat jualan, tidak perlu melayani pelanggan dan sebagainya. Seramai 12 peserta hadir terdiri dari belia dan usahawan sepenuh masa sekitar Kota Bharu dan Pasir Mas di Pusat Internet Kg Chengal.
Kelas ini di sampaikan oleh Saudara Mohd Ilham Ruslay, tenaga pengajar yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran internet selama 11 tahun dalam industri ini dari ILHAMIC ACADEMYhttps://www.facebook.com/rahsiabisnes4u/. Akhir kata, dengan akses dan penggunaan internet yang semakin menjadi penting dalam menjalani kehidupan seharian, peranti dan aplikasi yang semakin canggih kini bukan lagi suatu keinginan semata-mata tetapi menjadi keperluan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: