Hari Anugerah Inovasi Usahawan Desa Pusat Internet (IUD) dan Makan Malam

14 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 12 dan 13 Julai, telah berjaya diadakan program makan malam dan hari anugerah untuk para usahawan dan seramai 19 usahawan terlibat. Program ini merupakan satu platform bagi menyemar informasi terkini berkaitan dunia perniagaan digital kepada usahawan-usahawan desa yang mempunyai produk mereka sendiri yang dapat dikomersilkan dengan bantuan dari segi teknikal dan taktikal oleh staf-staf dari Pusat Internet Kelantan yang dijalankan selama 3 bulan secara bersiri. Pada akhir siri tersebut, kami meraikan mereka kerana para usahawan telah berjaya menamatkan modul selama 3 bulan secara bersiri. Dengan itu, kami bahagian penganjur menjemput mereka dan meraikan usahawan dengan makan malam dan hari anugerah yang bertempat di Sudara Beach Resort selama 2hari 1malam.

Di samping itu, program ini juga adalah untuk menyampaikan advokasi kepada para peserta di mana advokasi dapat membantu peserta supaya lebih berhati-hati dengan dunia teknologi dan peka terhadap kandungan isu semasa yang bermanfaat dan sabar sebelum kongsi.

Tambahan lagi, Program Inovasi Usahawan (IUD) ini juga dapat melahirkan usahawan yang berjaya di kalangan komuniti serta mereka dapat meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan mereka berdasarkan program yang dijalan secara bersiri ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas