eLearning Matematik Tingkatan 1 Live Tutorial eKelas
7 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada 6 Julai 2019 yang lalu, Pusat Internet Bukit Tandak telah mengadakan program bersama Maxis bagi pembelajaran e-Learning Matematik Tingkatan 1 melalui Live Tutorial eKelas. Pihak Maxis telah menyediakan nota padat, sesi latih tubi, tips menjawab soalan dan banyak lagi persediaan daripada guru eKelas dalam membantu pelajar dalam UPSR, PT3 dan SPM.
Semasa proses pembelajaran minggu ini, mereka belajar bab 10 iaitu perimeter dan luas. Setelah tamat sesi pembelajaran, mereka diberi tugasan kepada setiap kumpulan akan diberikan pembaris, kertas dan pen atau pensel. Setiap kumpulan dikehendaki untuk mengukur panjang setiap sisi kelas masing – masing dan melakarkan setiap ukuran di dalam kertas yang diberikan. Setiap kumpulan kemudiannya dikehendaki untuk menghitung perimeter dan luas kelas masing – masing berdasarkan rumus yang sesuai. Kemudian mereka perlu memuat naik hasil kerja mereka di dalam Portal eKelas.
Kelas ini diadakan sebagai salah satu langkah untuk mendedahkan pelajar kepada cara-cara baru pembelajaran. Pemilihan guru sebagai tutor kepada pelajar-pelajar ini adalah terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan mahir dalam subjek masing-masing. Melalui sesi Live Tutorial para pelajar dapat berinteraksi bersama guru yang mengajar melalui fungsi live chat yang terpapar di skrin utama. Oleh itu, pelajar boleh bertanyakan secara terus tentang matapelajaran atau subjek yang kurang difahami yang diajar oleh guru tutor.
Kaedah ini boleh membantu para pelajar untuk lebih meminati dan memahami subjek yang dipelajari. Kakitangan PI Bukit Tandak amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang berkenaan dan berminta untuk menyertai sesi eCikgu dan sesi Live Tutorial eKelas secara percuma untuk sama-sama menimba ilmu yang sangat berguna bagi para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan. #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: