Pertandingan Puzzle Klik Dengan Bijak
3 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 2 Ogos 2019, Pusat Internet (PI) Bukit Tandak telah mengadakan kelas pembelajaran Puzzle KDB melalui permainan atas talian PuzzleJigsawed. Peserta diberi masa selama 10 minit untuk menyiapkan puzzle tersebut. Jika peserta tidak dapat menyiapkannya dalam tempoh masa yang diberi, peserta dianggap kalah dalam pertandingan tersebut. Pada dasarnya kelas atau aktiviti KDB yang diadakan adalah bertujuan untuk memberi lebih pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar dan penduduk berkaitan KDB sebagai panduan penggunaan internet secara positif dan selamat. Puzzle adalah adalah permainan teka-teki, masalah, atau mainan yang menguji kecerdikan atau pengetahuan seseorang.
Dalam puzzle,peserta perlu menyusun kepingan gambar yang disediakan untuk mencapai penyelesaian yang betul supaya dapat membentuk suatu gambar yang tepat. Kakitangan PI Bukit Tandak amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang berkenaan dan berminta untuk menyertai kelas secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet di PI Bukit Tandak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: