Kursus Microsoft Office 2013 Power Point bersama Guru SK Kubang Kuau
2 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniSeramai 14 orang peserta iaitu guru-guru dari Sk Kubang Kuau telah hadir ke Pusat Internet Bukit Tandak pada 01 Februari 2020, Sabtu yang lalu untuk menyertai kelas komputer (Power Point) yang bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang. Di dalam kelas ini, para peserta dilatih meggunakan kemahiran-kemahiran asas komputer seperti aplikasi Microsoft Office (PowerPoint). Selain itu, peserta juga dapat meningkatkan kemahiran dalam mencipta sesuatu dengan lebih kreatif.
• Meningakatkan keupayaan peserta dalam ilmu pengetahuan teknologi maklumat
• Penerangan mengenai cara memasukkan gambar dan penggunaannya yang terdapat di dalam Microsoft Office Power Point.
• Membuang ‘background’ pada belakang gambar.
• Cara ‘setting’ saiz.
• Aktiviti menaip dokumen menggunakan format seperti font yang diperolehi daripada carian enjin.
• Membuat buku laporan sekolah
• Peserta diajar cara-cara menyimpan (save) dokumen.
• Sesi Q&A
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: