Kursus Keusahawanan Membuat Roti Viral (Pocket Doremon) dengan Kerjasama PIK Bukit Tandak dan PKD Bukit Tandak
7 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada 6 November lalu, PIK Bukit Tandak dengan kerjasama PKD Bukit Tandak bekerjasama untuk mengadakan kursus keusahawanan membuat roti viral (pocket doremon). Kursus ini diadakan di PKD Bukit Tandak yang dihadiri seramai 13 orang peserta dengan mengikut SOP yang ditetapkan oleh KKM.
Tujuan utama kursus ini adalah untuk menggalakkan komuniti setempat menceburi kemahiran membuat roti dan keusahawanan. Ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti mengenai kepentingan ICT pada dunia kini dimana komuniti diajar cara untuk mencari maklumat mengenai produk yang hendak diniagakan dan cara mempromosikan produk di media social.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: