Kelas ICT Microsoft Office
14 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniSeramai 6 orang peserta tingkatan 1 dan 2 telah hadir ke Pusat Internet Bukit Tandak pada 13 Julai 2020, Isnin yang lalu untuk menyertai Kelas Asas Komputer (Menaip) yang bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 4.30 petang. Di dalam kelas ini, para pelajar dilatih meggunakan kemahiran-kemahiran asas komputer seperti aplikasi Microsoft Office (Word). Selain itu, peserta juga dapat meningkatkan kemahiran menaip menerusi latihan yang dijalankan di dalam kelas dan ia juga dapat menggalakkan pelajar menggunakan komputer dalam proses pembelajaran.
Kami di Pusat Internet Bukit Tandak menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para pelajar mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan pendidikan. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar kelas seperti ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi ICT dan pendedahan yang lebih menyeluruh tentang bagaimana untuk mencapai matlamat klik dengan bijak (KDB) menerusi taklimat KDB yang disampaikan.
Antara aktiviti yang disediakan semasa program ini dijalankan adalah :
- - Pengenalan mengenai Komputer dan Internet
- Sesi Pembelajaran Microsoft Office Excell 2013 (pertengahan)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: