Kelas ICT Microsoft Office
4 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Bukit Tandak telah mengadakan Kelas Microsoft Office Word kepada pelajar sekolah SK Kubang Kuau secara individu. Kursus ini berlangsung selama 2 hari dari jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang pada tarikh 2 – 3 Oktober 2020. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pembelajaran ICT kepada pelajar dan penduduk luar bandar supaya mereka tidak ketinggalan dengan arus teknologi sekarang. Modul telah diberi dan belajar microsoft office (pertengahan). Program ini dimulakan dengan penerangan mengenai Komputer, fungsi komputer dan penggunaan komputer. Peserta hanya diajar Microsoft Office Word permulaan sahaja kerana peserta adalah pelajar sekolah rendah dan tidak mencapai tahap untuk belajar lebih tinggi. Di akhir kelas, peserta dikehendaki menjawab ujian Microsoft Word yang disediakan oleh pihak Pusat Internet Bukit Tandak.
Antara aktiviti yang disediakan semasa program ini dijalankan adalah :
- Pengenalan mengenai Komputer dan Internet
- Sesi Pembelajaran Microsoft Office (Word) 2013 (permulaan)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: