Kelas Membuat Poster Online – Postermywall (individu)
7 Jun 2020 | Aktiviti TerkiniPada 5 dan 6 Jun yang lalu, Pi Bukit Tandak dihadiri beberapa orang pelajar lepasan SPM untuk belajar membuat poster. Untuk memudahkan kerja mereka, kami staf PI mengajar membuat poster online menggunakan ‘postermywall’. Kelas ini berlangsung selama 2 hari dimana mereka belajar pada waktu pagi sahaja.
Mereka diajar membuat poster, dan diajar satu persatu seperti mengubah tulisan, gambar, membuang latar belakang dan sebagainya. Apabila telah siap menyunting, mereka boleh menyimpan dengan menggunakan format JPEG dan diajar muatturun secara percuma dengan resolusi normal. Peserta juga dapat mengedit gambar produk untuk tujuan mempromosikan produk peserta. Peserta diberi tugasan menyiapkan satu iklan promosi dengan menggunakan tools yang diajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: