Persediaan Pembukaan Semula Pusat Internet Bukit Tandak Semasa PKPB
17 Mei 2020 | Aktiviti TerkiniPada 15 dan 16 Mei, Pusat Internet Bukit Tandak telah membuat gotong royong sebagai persiapan pembukaan semula Pusat Internet pada 18 Mei 2020. Persedian ini adalah bertujuan untuk menangani penularan jangkitan koronavirus baharu dan segala persedian adalah mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan. Selain itu, persediaan ini dapat mununjukkan keprihatinan PI mengenai keselamatan dan kesihatan staff dan pengunjung yang berurusan di PI.
Antara proses yang dibuat staf adalah :
- PI dibersih dengan menggunakan campuran Dettol & Clorox.
- Setiap sudut di dalam PI dibersihkan termasuklah pemegang pintu, tandas, kaunter, tempat duduk dan meja komputer.
- Memastikan penutup muka, pembersih tangan dan alat pengimbas suhu badan tersedia sebelum PI beroperasi.
- Menanda jarak 1 meter antara satu sama lain di lantai, kerusi dan meja.
- Melakukan kerja sanitasi dan membasmi kuman di PC, meja,kerusi dan peralatan PI.
- Menyediakan Log Book untuk mencatat butiran kehadiran (nama,alamat, nombor telefon) setiap pelangan yang dating ke PI.
- Menampal SOP normal baharu di pintu PI dan Papan kenyataan PI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: