Program Semarakkan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia
5 September 2020 | Aktiviti TerkiniProgram Semarakkan Jiwa Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia ini adalah program sempena bulan kemerdekaan tahun 2020 dengan tema Malaysia Prihatin. PI Bukit Tandak telah mengadakan aktiviti mengikut SOP yang telah digazetkan oleh MCMC. Program ini dimulai dengan nyanyian lagu merdeka beramai-ramai bagi membangkitkan perasaan dan jiwa untuk menyambut merdeka.
Antara aktiviti lain yang dijalankan semasa program adalah pertandingan melukis poster merdeka, pertandingan kuiz merdeka menggunakan kahoot, menaip sejarah kemerdekaan paling cepat serta pertandingan puzzle merdeka. Seramai 6 orang peserta telah hadir untuk menyertai program ini yang berlangsung selama 3 jam pada 4 September 2020 bermula jam 2.30 petang hingga 5.30 petang. Aktiviti ini dijalankan adalah untuk menyemai semangat cintakan negara dengan menyerlahkan jiwa patriotik dikalangan peserta melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: