Kelas ICT Microsoft Office Word
19 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPada 18 Julai 2020, Sabtu yang lalu seramai 5 orang pelajar telah hadir ke Pusat Internet Bukit Tandak untuk menyertai Kelas Asas Komputer (Ms Word) yang bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 1.00 petang. Di dalam kelas ini, para pelajar dilatih menggunakan kemahiran-kemahiran asas aplikasi Microsoft Word.
Selain itu, pelajar juga dapat meningkatkan daya kreativiti menerusi penggunaan perisian-perisian tertentu dan dapat menggalakkan pelajar menggunakan komputer dalam proses pembelajaran. Kami di Pusat Internet Bukit Tandak menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para pelajar mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan pendidikan. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar kursus ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi ICT dan pendedahan yang lebih menyeluruh tentang bagaimana untuk mencapai matlamat pembelajaran e-learning. Pada penghujung kelas, peserta perlu menjawab kuiz menggunakan aplikasi Kahoot.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: