Perbincangan Tentang Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
10 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 9 December 2021, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Tandak kerjasama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Repek dan PEDi PPR Kg Muhibbah telah mengadakan perbincangan tentang pembaharuan dan tujuan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di seluruh Negara. Perbincangan ini bermula dari jam 14.30 petang hingga 15.30 petang melalui Facebook Page Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Repek.
Sebagaimana sedia maklum, Pusat Internet Komuniti secara rasmi telah menukar nama baharu iaitu Pusat Ekonomi Digital pada 21 November 2021 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ianya bertujuan untuk memberi kemudahan kepada 15.4 juta penduduk di Negara ini berutama golongan B40. PEDi juga bermatlamat meningkatkan tahap sosioekonomi komuniti setempat dan memberi pendedahkan kepada kemahiran digital agar semua penduduk, tanpa mengira kedudukan sosial mahupun geografi berupaya menyertai serta mengambil peluang dalam ekonomi digital.
Selain daripada itu, sebanyak 873 PEDi sedia ada akan dipertingkatkan dan dipergiatkan sebagai pusat sehenti untuk aktiviti ekonomi digital luar Bandar. Dimana setiap PEDi dilengkapi akses perkhidmatan jalur lebar, kemudahan infrastruktur digital dan kakitangan terlatih bagi memberi perkhidmatan dan sokongan yang diperlukan oleh komuniti setempat. Antara butiran perbincangan ini adalah seperti berikut:
1. Penerangan kepada penonton tentang pelancaran nama baharu iaitu Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
2. Perbincangan tentang peranan PEDi sebagai Pusat Sehenti kepada masyarakat
3. Penonton diberi penjelasan tentang penambahbaikan dan bentuk latihan yang ada di PEDi
4. Penonton dijelaskan tentang bentuk latihan dan kursus yang ditawarkan di PEDi
5. Penonton dapat memahani peranan Rakan Digital PEDi dan peranan Ikon Usahawan PEDi
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: