Taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)
7 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniSuruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan bahan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan. SSM yang mula beroperasi pada 16 April 2002. Sebagai sebuah agensi perbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam. Sebagai fungsi utama adalah untuk meningkatkan tahap tadbir urus korporat,
Pada 06 Disember, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Tandak telah mengikuti taklimat tentang Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) kepada Rakan Digital PEDi / Pengurus PEDi. Taklimat ini bermula dari jam 11.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk membantu memudahkan urusan pendaftaran kepada golongan usahawan B40 dan pelajar secara atas talian (online).
Antara kelebihan taklimat ini adalah untuk membantu golongan B40 dan pelajar tanpa mengenakan caj pendaftaran. Selain daripada itu, ianya turut menyampaikan tentang fungsi-fungsi utama SSM terhadap mengawalselia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan. Bukan itu sahaja, peserta juga dapat tahu tentang entiti untuk setiap perniagaan mengikut jenis perniagaan, syarikat dan jenis liabiliti mengikut perniagaan masing-masing. Terakhir, peserta juga dapat memahami tanggungjawab setiap pemilik untuk memiliki SSM.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: