Kelas ICT Microsoft Office (Individu)
13 April 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Bukit Tandak telah mengadakan Kelas Microsoft Office Word kepada komuniti Bmukim Bukit Tandak secara individu. Kursus ini berlangsung selama 2 hari dari jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari pada tarikh 12 April 2021. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pembelajaran ICT kepada penduduk luar bandar supaya mereka tidak ketinggalan dengan arus teknologi sekarang. Modul telah diberi dan belajar microsoft office (permulaan). Program ini dimulakan dengan penerangan mengenai Komputer, fungsi komputer dan penggunaan komputer. Peserta hanya diajar Microsoft Office Word permulaan sahaja kerana peserta kali pertama menggunakan Microsoft Office dan tidak biasa menggunakan komputer. Di akhir kelas, peserta dikehendaki menjawab ujian menaip Microsoft Word yang disediakan oleh pihak Pusat Internet Komuniti Bukit Tandak.
Antara aktiviti yang disediakan semasa program ini dijalankan adalah :
- Pengenalan mengenai Komputer dan Internet
- Sesi Pembelajaran Microsoft Office (Word) 2013 (permulaan)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: