Perbincangan Tentang Dos Penggalak
14 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniProgram Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Penggalak (Booster) atau lebih dikenali sebagai PICK-B akan bermula pada 13 Oktober 2021 dan pada 30 September 2021 dengan kelulusan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses COVID19 untuk program pemberian dos penggalak kepada penerima yang telah vaksin lengkap. Program ini dijangka melibatkan seramai 23 juta orang di Malaysia. Dos penggalak adalah proses mendedahkan tubuh penerima kepada sebahagian komponen atau keseluruhan virus (virus yang dilemahkan iaitu tidak berupaya menjangkiti penerima) supaya keimunan dapat mengenal dan membina pertahanan terhadap virus sebenar. Oleh itu, dos penggalak atau ‘booster dose’ merujuk kepada dos vaksin tambahan yang diberikan selepas seseorang menerima vaksin asal atau awal secara lengkap mengikut aturan yang ditetapkan.
Pada 17 December 2021, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Tandak bersama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Repek telah mengadakan perbincangan tentang dos penggalak kepada semua rakyat Malaysia. Perbincangan ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari melalui Facebook Page PEDi Repek. Tujuan perbincangan ini diadakan adalah untuk menyebarkan tentang apa itu dos penggalak dan kepentingan pengambilan dos penggalak.
Antara topik yang dibincangkan adalah seperti berikut:
1. Apakah sebenarnya dos penggalak dan kenapa ia perlu diberikan kepada penerima yang telah lengkap vaksin.
2. Penonton dijelaskan tentang golongan yang layak menerima dan cara pendaftaran untuk menerima dos penggalak
3. Menjelaskan keberkesanan vaksin yang dapat direkodkan berkurangan di kalangan pesakit COVID-19 tanpa simptom dan kurang teruk
Sepanjang perbincangan ini menjelaskan perkara berkenaan dos penggalak seperti keberkesanannya kepada individu, golongan yang layak menerima dos penggalak, pendaftaran untuk menerima dos penggalak, kesan sampingan setelah mendapatkan suntikan dan risiko serta keperluan mendapatkan suntikan dos penggalak yang telah diperkenalkan ini yang dinyatakan. Berdasarkan Prof. Madya Dr. Nazlina Ibrahim dari Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia melalui artikelnya yang bertajuk Dos Penggalak: Apa dan Mengapa Ia Diperlukan? telah menerangkan tentang keperluan dos penggalak yang menjadi dos tambahan kepada individu setelah dilengkapi dua dos vaksinasi supaya sistem keimunan dapat mengenal dan membina pertahanan terhadap virus sebenar serta menguatkan lagi sistem imun yang disebabkan oleh dua faktor iaitu kemerosotan gerak balas imun dalam penerima vaksin dan kehilangan keberkesanan antibodi peneutralan dalam tempoh tertentu.
Kakitangan PEDi juga menayangkan sedutan video dari rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) yng bersiaran pada 24 November 2021 berkenaan dos penggalak yang telah dikupas dan dikongsikan oleh Dr. Suhaida Mohd Sidek iaitu Pakar Perubatan Kesihatan Awam untuk memberi pencerahan yang lebih jelas kepada para penonton siaran langsung Facebook PEDi Repek dan PEDi Bukit Tandak. Menurut beliau, dos penggalak ini merupakan dos yang mempunyai kesan sampingan setara dengan suntikan vaksinasi dos pertama dan kedua. Ianya dijelaskan tidak memudaratkan, malah ibu mengandung juga digalakkan untuk mengambil dos penggalak ini setelah kehamilan berusia empat belas (14) minggu bagi mencegah sebarang kemungkinan dijangkiti wabak Covid-19. Disamping itu, terdapat banyak lagi maklumat-maklumat penting yang telah dikongsikan kepada masyarakat untuk lebih memahami keadaan semasa yang memerlukan setiap individu yang telah lengkap tempoh matang dua dos vaksinasi pertama boleh menerima dos penggalak secepatnya. Terakhir, kami berharap agar semua penonton dapat memberi kerjasama untuk sama-sama bersatu untuk memastikan setiap kalangan masyarakat mendapatkan suntikan dos penggalak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: