Program ‘Splash It On’
19 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 18 December 2021, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengadakan program ‘Splash It On’ yang dijalankan secara atas talian (google meet - https://meet.google.com/stv-ftqc-kpm ) selama dua (2) jam yang bermula pada 09.00 pagi hingga 11.00 pagi. Program ini adalah program berkaitan sukan renang. Ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya keselamatan ketika melakukan aktiviti air serta menambah ilmu baharu berkaitan aktiviti air.
Program ini mempunyai tiga (3) Modul antaranya pengenalan tentang sukan renang, panduan ketika melakukan sukan renang dan terakhir maklumat tentang kejadian kepala air. Untuk modul pertama, peserta diberi penerangan tentang jenis sukan air seperti gaya kuak dada. Penganjur juga memberitahu tentang kebaikan sukan renang, antaranya sukan renang dapat mengurangkan tekanan (stress), dapat meningkatkan kekuatan pada paru-paru, membakar banyak kalori dalam badan dan menguatkan otot-otot. Selain itu, peserta juga dapat menambah ilmu tentang teknik pernafasan yang betul seperti dengan cara menaikkan kepala dengan dagu di permukaan air dan tarik nafas melalui mulut ketika tekanan tangan menghala ke bawah.
Manakala untuk modul dua (2), peserta diberi penjelasan tentang panduan keselamatan semasa berada dalam air dan ketika melakukan aktiviti air antaranya:
Semasa berada dalam air:
1. Sentiasa ambil tahu tentang tempat anda akan berenang dan ketahui kedalaman kolam renang di setiap sudut kolam
2. Gunakan tangga untuk masuk ke dalam kolam renang dan jangan melompat
3. Sentiasa menggunakan pelampung jika anda tidak mahir atau tidak pandai berenang
4. Ketahui tanda keselamatan air dan tanda pada bendera di pantai
5. Ketahui kemampuan diri sendiri dan berenanglah dekat dengan orang dewasa atau anggota penyelamat
Ketika melakukan aktiviti air:
1. Pastikan kit kenderaan dalam keadaan baik
2. Sentiasa memakai jaket keselamatan dengan betul dan pakai jaket yang sesuai dengan saiz tubuh
3. Pastikan tiada aktiviti atau sukan air lain yang berlangsung pada waktu dan kawasan yang sama untuk mengelakkan pelanggaran
Terakhir, penganjur juga menceritakan tentang kejadian kepala air. Sebagai maklumat tambahan kepala air adalah gelombang aliran air mengejut dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Ianya berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai. Walaupun begitu, penganjur turut menceritakan tentang tanda-tanda berlakunya kepala air seperti keadaan langit yang gelap di bahagian hulu sungai (bukit), bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai, peningkatan air sungai secara tiba-tiba dan siren amaran. Di dalam Program Splash It On ini banyak membantu peserta untuk sentiasa berhati-hati, memberi ilmu tambahan dan menceritakan tentang keselamatan diri ketika bermain aktiviti air. Pihak PEDi berharap setiap peserta dapat memahami dan menggunakan ilmu pada harini sebagai panduan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: