Kelas Cara Pendaftaran Perbankan Secara Atas Talian
3 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 2 februari 2021, Kelas Cara Pendaftaran Perbankan Secara atas talian telah diadakan. Ia dihadiri oleh seorang peniaga di Kg Kubang Kuau, Rantau Panjang. Antara pengisian yang telah diajar kepada peserta adalah kepentingan perbankan secara atas talian, cara-cara membuat kata laluan, cara penggunaan perbankan atas talian, penyemakan akaun bank dan penghantaran wang ke bank lain serta keburukan perbankan atas talian.
Dengan penggunaan Perbankan secara atas talian, Ia dapat menjimatkan masa dan tenaga peserta. Peserta juga merupakan Usahawan yang berniaga secara offline dan online. Dengan adanya perbankan secara ata talian ini, ia dapat memudahkan lagi urusan jual beli peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: