Kelas Penggunaan MS Word Bersama Pelajar Giatmara Rantau Panjang
21 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniPada 22 December 2021 – Rabu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Tandak telah mengadakan kelas penggunaan MS Word bersama pelajar-pelajar Giatmara Kg Rantau Panjang. Kelas ini diadakan di PEDi Bukit Tandak bermula dari jam 11.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah memperkenalkan cara penggunaan MS Word dan fungsinya.
Sebagai makluman, Microsoft Office adalah koleksi aplikasi yang berkaitan dengan pejabat. Setiap aplikasi mempunyai tujuan unik dan menawarkan perkhidmatan khusus kepada penggunanya. Sebagai contoh, Microsoft Word digunakan untuk membuat dokumen. Microsoft Word adalah aplikasi bukan sahaja membuat dokumen malah boleh digunakan untuk membuat resume yang berkualiti, laporan dan surat.
Sepanjang kelas ini diadakan, peserta diberi penerangan tentang cara penggunaan dan menerangkan sedikit fungsi utama MS Word. Antara fungsi Microsoft Word adalah seperti memudahkan peserta membuat surat menyurat. Selain daripada itu, fungsi MS Word juga adalah untuk membuat pelbagai jenis dokumen seperti dokumen formal, semi-formal atau tidak formal. Seterusnya peserta juga diterangkan tentang membuat dokumen lebih menarik. Sebagai contoh, MS Word mempunyai pelbagai jenis font, ketebalan tulisan, ukuran huruf dan pelbagai jenis kemudahan supaya dokumen menjadi lebih menarik dan kelihatan profesional. Bukan itu sahaja, MS Word juga dapat menyimpan ‘file’ , mengaturkan naskah yang lebih mudah dan dapat memasukkan ‘file’ gambar.
Antara butiran berkaitan dengan aktiviti ini adalah seperti berikut:
1. Peserta diberi pengenalan tentang kegunaan MS Word
2. Penjelasan tentang kelebihan dan fungsi-fungsi penggunaan MS Word terutama kepada peserta yang baru.
3. Pengenalan tentang cara mudah membuat dokumen atau resume yang senang dan menerangkan tentang komponen yang terdapat didalam MS Word
4. Sesi Q&A bersama peserta
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: