Kelas Membuat Borang Kaji Selidik
20 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniPada 19 Ogas 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Bukit Tandak telah menganjurkan perkongsian secara fizikal tentang penerangan dan cara membuat borang kaji selidik. Perkongsian ini bermula dari pukul 3.00 petang hingga 4 petang pada Khamis lalu. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang penggunaan Microsoft Office Word, penggunaan reka bentuk dan susun atur untuk setiap soalan dalam kaji selidik.
Selain daripada itu, program ini juga dapat membantu peserta untuk mengumpul data secara berpatutan. Dimana peserta dapat belajar untuk mengumpul data kuantitatif dalam tempoh masa yang singkat. Di samping itu juga, peserta diberi maklumat tentang cara membuat borang kaji selidik tanpa bersemuka. Hal ini kerana, ianya boleh menjimatkan masa serta mempercepatkan peserta untuk menganalisi dan visualisasi keputusan lebih mudah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: