Cara Pendaftaran 'MYFutureJobs' (Penjana Kerjaya) Melalui Atas Talian
16 September 2021 | Aktiviti TerkiniPada 15 September 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Bukit Tandak telah mengadakan perkongsian secara fizikal iaitu cara pendaftaran ‘MYFutureJobs’ (Penjana Kerjaya) melalui atas talian. Perkongsian ini bermula dari jam 9.00 pagi hingga 11 pagi. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meransang pewujudan dan meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Selain daripada itu penjana kerjaya telah mewujudkan satu portal iaitu ‘MYFutureJobs’ bagi pencarian kerja terutamanya bagi membantu mereka yang terjejas akibat keadaan wabak Covid-19.
Setiap peserta akan diberi pendedahan tentang pengambilan pekerjaan tempatan secara perantis dalam kalangan lepasan sekolah dan graduan. Peserta hanya perlu memasukan maklumat peribadi, akademik, pengalaman perkerjaan, aktiviti kokurimkulum dan pengesahan diri. Hal ini amat memudahkan setiap peserta yang ingin mendaftar dalam portal ‘MYFutureJobs’ tanpa mengambil tempoh masa yang lama.
Seterusnya dalam perkongsian ini, peserta mendapat penerangan berkaitan dengan bidang kerjaya yang diinginkan mengikut lokasi, pencapaian dan pengalaman yang ditawarkan. Bagaimanapun, perlu hanya perlu kemaskini maklumat selanjutnya bagi membolehkan peserta membuat permohonan dengan lebih mudah dan mengikut kesesuaian dengan bidang dan pencapaian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: