Cara Membuat Poster Menggunakan ‘Canva’
21 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada 20 November 2021, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Tandak kerjasama PEDi Kg Karangan, PEDi Jeram dan PEDi Chalil telah mengadakan perkongsian tentang cara membuat poster menggunakan aplikasi ‘Canva’ secara laman sesawang melalui ‘Streamyard’. Perkongsian ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Tandak.
Aplikasi Canva adalah reka bentuk grafik secara talian yang mudah untuk digunakan walaupun pertama kali menggunakannya. Bukan itu sahaja, canva juga senang untuk diakses melalui komputer atau telefon bimbit. Aplikasi ini juga mempunyai rangkaian secara percuma dan berbayar.
Tujuan perkongsian ini adalah memberitahu tentang cara menggunakan aplikasi canva yang mempunyai pelbagai jenis rekaan mengikut kreativiti peserta. Sepanjang perkongsian ini, peserta juga mendapat penerangan yang lebih mendalam mengenai Canva dan cara mudah untuk menggunanya. Bukan itu sahaja, peserta diberitahu tentang cara menggunakan tulisan, bentuk dan warna mengikut kesesuaian poster. Selain itu, peserta juga diajar cara memuat naik gambar daripada komputer ke dalam Canva.
Antara kelebihan perkongsian ini adalah penggunaan aplikasi Canva dapat menjimatkan masa peserta dengan hanya menggunakan ‘template’ yang disediakan sahaja. Seterusnya, peserta dapat mencipta pelbagai jenis rekaan mengikut kreativiti dan berkongsi didalam visual yang menarik. Terakhir, penggunaan canva juga dapat dikongsikan dengan mudah kepada ‘Google Classroom, Microsoft Team atau Remind’.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: