Tutorial Menggunakan Aplikasi Penghantaran Makanan ‘haloje’
21 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada 20 November, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Tandak telah mengadakan perkongsian tentang cara menggunakan aplikasi penghantaran makanan iaitu aplikasi ‘haloje’. Perkongsian ini bermula dari jam 2.00 petang hingga 3.00 petang menggunakan ‘XRecorder’.
Haloje adalah satu aplikasi baru diperkenalkan di seluruh Malaysia pada ogos 2020. Aplikasi ini merupakan aplikasi penghantaran makanan dikawasan Bandar dan pedalaman kampung seperti kawasan PEDi Bukit Tandak. Bagaimanapun, aplikasi ini masih baharu dikalangan komuniti namun ianya lebih senang untuk digunakan berbanding aplikasi penghantaran yang lain.
Tujuan utama berkongsian ini dibuat adalah untuk menyampaikan maklumat tentang cara mendaftar dan penggunaan. Perkongsian ini bermula dengan penerangan aplikasi ‘haloje’ yang dibuat oleh staf PEDi Bukit Tandak. Seterusnya, staf akan menunjukkan cara penggunaan aplikasi dan mendaftar. Sepanjang perkongsian ini dibuat, staf juga menerangkan tentang cara untuk mengemas kini lokasi pengguna dan butiran pembayaran. Bukan itu sahaja, staf turut berkongsian tentang aplikasi ini sangat mudah kepada pengguna kerana ianya terus membeli dari kedai. Terakhir, haloje dapat membantu pengguna untuk membeli tanpa keluar rumah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: