Tutorial Cara Menggunakan ‘Cleanup Picture’
22 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada 21 November 2021 lalu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Tandak telah mengadakan kelas penggunaan ‘cleanup picture’ di Facebook Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Tandak. Perkongsian ini bermula dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 tenghari menggunakan ‘Xrecorder’. Ini bertujuan untuk memberitahu kepada peserta tentang cara untuk memadam objek,bentuk,orang dan tulisan daripada gambar supaya kelihatan lebih cantik.
‘Cleanup picture’ adalah aplikasi secara atas talian dan penggunaannya percuma ( https://cleanup.pictures/ ). Aplikasi ini juga lebih cepat dan senang untuk digunakan berbanding aplikasi lain. Walaupun begitu, kelas ini bermula dengan penerangan tentang ‘cleanup picture’ dari pihak PEDi Bukit Tandak. Seterusnya, peserta diajar menggunakan ‘cleanup picuter’ dan cara untuk memadan objek, orang ataupun tulisan didalam gambar. Terakhir sekali, peserta diberi penerangan tentang cara untuk menyimpan gambar selepas selesai membuat pemadanan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: