Kursus Adobe Photoshop Individu
22 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 21 Februari 2021, telah diadakan satu Kursus Adobe Photoshop kepada pengerusi KRT Bukit Tandak. Kelas ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Komuniti Bukit Tandak bermula jam 10 pagi hingga 4 petang. Tujuan kursus adobe photoshop ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan lebih terperinci berkaitan dengan fungsi dan penggunaan adobe photoshop. Fungsi adobe photoshop adalah untuk penyuntingan gambar, membuat kesan gambar dan juga membuat tulisan dengan kesan yang tertentu. Di dalam kelas multimedia ini, peserts diajar membuat kad untuk ahli persatuannya dengan masukkan gambar, memotong gambar, membuat tulisan dan menambah logo dengan membuang latarbelakang asalnya. Peserta boleh menggunakan “eraser tool”, “background eraser tool” dan juga “magic eraser tool”. Dengan menggunakan salah satu daripada “tool” tersebut, peserta boleh menghilangkan latar belakang sesuatu gambar. Apabila telah siap menyunting, mereka boleh menyimpan dengan menggunakan format PNG atau JPEG. Di akhir kelas multimedia ini, peserta berjaya menyiapkan kad ahli persatuannya dan terus cetak. Peserta juga dapat mengedit gambar produk untuk tujuan mempromosikan produk masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: