Tutorial Membuat Slide Presentation – PowerPoint
23 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada 22 November 2021, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Jeram kerjasama PEDi Bukit Tandak dan PEDi Gong Kulim telah mengadakan perkongsian bersama tentang penggunaan slaid yang menarik dan mudah untuk pengguna pelajari. Tujuan perkongsian ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang fungsi-fungsi yang terdapat dalam slaid dan cara menggunakan slaid. Perkongsian ini juga dapat memberi peluang kepada peserta untuk mencipta slaid mengikut kreativiti masing-masing. Selain itu, kelas ini juga menerangkan tentang penggunaan format latar belakang ‘background format’ dan animasi lanjutan ‘Advanced Animation’.
Antara kelebihan kelas ini adalah, peserta yang mahir dalam aplikasi slaid dapat menyediakan pelbagai jenis template yang konsisten dan kemas. Seterusnya, peserta juga dapat belajar menggunakan kesemua elemen reka bentuk, latar, warna, corak serta aturan perisian dengan mudah. Perkongsian ini juga menerangkan tentang penyesuaian untuk merumuskan karangan kepada bentuk yang lebih menarik dan cantik. Akhir sekali, peserta bebas untuk menambah gambar atau objek ke dalam slaid yang disediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: