Perbincangan Tentang Persediaan MenghadapI Banjir
27 November 2021 | Aktiviti TerkiniUntuk pengetahuan, saban tahun kita sering menonton di kaca televisyen, mendengar di radio mahupun membaca di laman web mengenai beberapa kawasan di negara ini pasti dilanda banjir terutama apabila tiba musim tengkujuh. Pada masa itu, sudah menjadi lumrah kebanyakan daripada kita akan mengambil cuti panjang dan melancong bersama keluarga ataupun rakan, tidak terkecuali ke kawasan berpotensi banjir. Umum mengetahui banjir akan menyebabkan beberapa gangguan perkhidmatan termasuk kerosakan infrastruktur dan risiko penyebaran penyakit. Lantaran itu, komitmen dalam mengatur langkah keselamatan pada peringkat persedian amatlah penting bagi memastikan bahawa sumber-sumber yang diperlukan ada sewaktu diperlukan.
Pada 26 November 2021, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Tandak kerjasama PEDi Jeram telah mengadakan perkongsian tentang persediaan menghadapi banjir. Perkongsiaan ini dibuat melalui Live Streamyard di Page PEDi Bukit Tandak. Ianya bermula dari jam 4.00 petang hingga 5.00 petang.. Tujuan utama perbincangan ini diadakan adalah untuk menyampaikan kesedaran tentang persediaan menghadapi banjir, apa yang perlu dilakukan ketika banjir dan tindakan yang perlu diambil selepas banjir.
Pertama sekali, dalam perbincangan ini, pendengar diterangkan tentang pengenalan banjir (musim tengkujuh). Selepas itu, perbincangan ini disambung dengan topik persediaan sebelum banjir, antaranya, ketika berada di rumah dan berkaitan dengan melancong di kawasan berpotensi banjir. Topik yang kedua adalah menerangkan tindakkan pendengar tentang persediaan semasa banjir. Berdasarkan topik ini, pendengar diberitahu tentang tindakkan ketika mendapat tanda-tanda awal banjir, semasa pemindahan, semasa di dalam kenderaan, di dalam rumah dan luar rumah. Akhir sekali, perbincangan ini turut berkongsi tentang persediaan selepas banjir sewaktu memasuki bangunan/rumah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: