Perkongsian Cara Membuka Laman Web SPNB Untuk Mengisi Borang Rumah Mesra Rakyat
16 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 15 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Bukit Tandak telah mengadakan perkongsian secara live tentang cara untuk membuat permohonan rumah mesra rakyat secara atas talian di laman web (SPNB). Perkongsian ini bermula pada jam 10 pagi hingga 11 pagi. Tujuan program ini dijalankan untuk memberitahu kepada sesiapa yang layak dan berminat untuk memohon rumah dibawah syarikat SPNB jika peserta belum memiliki rumah sendiri.
Di dalam sesi ini juga, Staf menerangkan kepada peserta tentang syarat dan dokumen yang diperlukan. Selain itu, yang belum memiliki akaun gmail, staf turut berkongsi cara untuk membuat akaun gmail dan membuat surat pengakuan tidak memiliki rumah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: