Kelas Membuat Reka Bentuk Pada Baju (silk screen) Menggunakan Adobe Illustrator
28 December 2021 | Aktiviti TerkiniPada 27 December 2021 dari jam 4.00 ptg hingga 5.00 ptg, 3 pelajar telah menyertai Kelas Membuat Reka Bentuk Pada Baju menggunakan adobe illustrator. Di dalam kelas ini, pelajar diberikan tunjuk ajar tentang:
- Pengguna dapat belajar pembuatan ilustrasi dan vector
- Menerangkan fungsi ‘toolbar’ dan cara penggunaan
- Pengguna dapat mengetahui cara untuk menjadikan resolusi gambar menjadi jelas
- Belajar tentang apa itu silk screen
Tujuan kelas ini adalah untuk membuat reka bentuk pada baju menggunakan perisian adobe illustrator. Adobe Illustrator adalah aplikasi yang digunakan oleh pereka grafik untuk menghasilkan ‘vector artwork’ yang boleh diguna pakai untuk cetakan digital dan paparan web. Di samping itu juga, ia dapat menggalakkan pelajar menggunakan komputer dalam proses pembelajaran serta mendedahkan pelajar kepada dunia ICT dan teknologi. Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Bukit Tandak berharap kelas ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi ICT dan pendedahan yang lebih menyeluruh tentang bagaimana untuk mencapai matlamat Kementerian Pendidikan dan MCMC bagi merapatkan jurang antara golongan luar bandar dan bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: