Bengkel Pembuatan Bakeri (Roti Jala,Kek Marble, Kek Biscoff Tiramisu & Kek Bajet) Kerjasama Pusat Komuniti Desa (PKD)
7 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 6 Oktober 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Bukit Tandak telah mengadakan Bengkel Pembuatan Bakeri kerjasama Pusat Komuniti Desa (PKD). Bengkel ini bermula dari 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari menggunakan ‘medium online – Google Meet’ bertempat di PIK Bukit Tandak. Tujuan bengkel ini dilakukan adalah untuk melahirkan usahawan yang mahir di dalam pembuatan roti dan kek yang sedap dan mudah untuk menjadi santapan dan perniagaan. Tenaga pengajar iaitu Puan Rahima merupakan seorang pengusaha kek dan roti beberapa tahun yang lepas.
Beliau mempunyai pengalaman yang meluas dan banyak membantu masyarakat dengan memberi peluang menghadiri kelasnya. Di dalam bengkel ini, peserta berpelung untuk melihat cara beliau membuat roti jala, pelbagai jenis kek bajet dan roti. Selain daripada itu, peserta juga diberi penerangan tentang teknik-teknik yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis kek atau roti mengikut trend terkini. Terakhir, bengkel ini memberi peluang kepada peserta yang berpotensi untuk menjana pendapatan yang lumayan, memandangkan trend kek dan roti semakin mendapat permintaan orang ramai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: