Bengkel Pemasaran Digital Kerjasama Pusat Komuniti Desa (PKD)
5 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniDalam sesebuah perniagaan, pemasaran merupakan tunjang utama bagi memastikan sesebuah syarikat terus berkembang. Melalui cara pemasaran yang efektif serta pengurusan yang sistematik, ianya berpeluang untuk melebarkan jaringan perniagaan dengan menjual jenama sendiri kepada dunia luar. Pada 4 Oktober 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Bukit Tandak bersama Pusat Komuniti Desa (PKD) telah mengadakan Bengkel Pemasaran kepada semua peringkat golongan bagi membantu peserta untuk memahami pemasaran dengan lebih lanjut. Bengkel ini menggunakan ‘Medium Online’ – Google Meet bermula dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Seramai 15 peserta menghadiri bengkel ini secara ‘Google Meet’.
Tujuan utama bengkel ini, pertama adalah untuk memberi pendedahkan kepada peserta tentang keusahawanan dan meningkatkan tahap kesedaran berhubung kepentingan pemasaran menggunakan teknologi terkini. Seterusnya, Pusat Komuniti ingin melahirkan usahawan desa yang berjaya dan berani kehadapan. Sebagai contoh, peserta berani mengeluarkan produk yang baru direka untuk dipasarkan. Bengkel juga memberi tunjuk ajar tentang teknik dan medium yang dapat menjimatkan masa dalam perniagaan.
Antara kelebihan yang dapat peserta ambil menerusi bengkel pemasaran digital adalah tiada had dan sempadan untuk mencapai pasaran antarabangsa. Pemasaran secara digital mampu mengakses pembeli berpotensi dari seluruh dunia walaupun hanya dengan bajet yang kecil. Yang kedua, pemasaran digital merangkumi pengguna yang berkomprehensif mengikut produk atau perkhidmatan. Bengkel ini juga menerangkan tentang komunikasi dan pendekatan yang lebih mudah antara peniaga dan pengguna. Yang terakhir, melalui pemasaran digital dapat memberikan impak yang segera untuk menyebarkan maklumat tentang produk, maklumat,membeli,membayar atau menyampaikan sesuatu produk.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: