Kursus Latihan Pengendali Makanan
17 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 16 Oktober 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Bukit Tandak kerjasama NZ Bunga Venture Training & Consultant di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengadakan kursus latihan pengendali makanan secara ‘online’ – Zoom Meeting. Kursus ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12 tengahari di Pusat Internet Komuniti Bukit Tandak. Kursus pengendalian makanan Malaysia di bangunkan khas untuk menyebarkan maklumat berkaitan keselamatan makanan yang penting kepada masyarakat Malaysia. Kursus pengendalian makanan ini di cipta oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti makanan (BKKM) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendidik pengendali makanan khas yang menjalankan perniagaan.
Terdapat tiga bahagian tentang kursus pengendali makanan yang diberitahu kepada peserta antaranya kebersihan makanan, keselamatan dan faktor-faktor kritikal keracunan makanan. Sepanjang kursus ini diadakan, peserta juga diberi soalan kuiz. Ini membolehkan peserta lebih memahami dan focus semasa proses pembelajaran. Antara kebaikan yang boleh diambil dalam kursus ini adalah peserta akan memahami isu-isu dan punca keracunan makanan. Bukan itu sahaja, peserta juga dapat mengetahui kepentingan amalan kebersihan diri dan tabiat yang tidak baik semasa mengendalikan makanan. Seterusnya, peserta juga perlu tahu cara-cara mencuci dan membersihkan peralatan dengan sempurna dan cara pembuangan sampah/sisa makanan secara teratur. Terakhir, peserta dapat mempelajari cara yang betul untuk mengendalikan makanan dengan selamat dan bersih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: