Kelas Mendaftar Akaun Gmail & Canva
7 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniPada 6 Ogos 2021, telah diadakan kelas mendaftar akaun Gmail dan juga akaun Canva bersama 2 orang pelajar lepasan SPM. Kelas ini diadakan selama satu jam bertempat di Pusat Internet Komuniti (PIK) Bukit Tandak. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi panduan kepada pelajar bagi mendaftar akaun Gmail rasmi untuk kegunaan urusan persekolahan. Selain itu, pelajar turut diberi pendedahan tentang kegunaan dan kepentingan email dalam urusan pembelajaran dan pekerjaan.
Gmail adalah surat elektronik (emel) milik Google dan juga mengaplikasi teknologi pencarian Google yang memudahkan penggunanya mencari sesuatu dari email mereka. Sebagai tambahan, dengan menggunakan akaun email yang baru didaftarkan, pelajar diajar cara untuk mendaftar akaun Canva, iaitu sebuah platform reka bentuk grafik, digunakan untuk membuat grafik media sosial, persembahan, poster, dokumen dan kandungan visual lain. Seterusnya, para pelajar diberi masa untuk belajar menggunakan aplikasi tersebut dengan mencipta sebuah poster bebas. Diharapkan semua pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang dikongsikan untuk kegunaan masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: