Program Mendaki Bukit Kwong Sempena Hari Sukan Negara
16 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 15 Oktober 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Bukit Tandak kerjasama KRT Bukit Tandak telah mengadakan program mendaki Bukit Kwong sempena Hari Sukan Negara 2021. Program mendaki bukit ini bermula dari jam 7.00 pagi hingga 10.00 pagi. Tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk menggalakan peserta untuk mempertingkatkan diri untuk bersukan dan diselitkan juga dengan advokasi semasa berkumpul. Bukan itu sahaja, ianya untuk memupuk semangat persaingan yang sihat dan muhibah dikalangan peserta, masyarakat dan Negara.
Selain daripada itu, program ini akan memberi kesedaran bukan sahaja kesihatan fizikal tapi mental. Antara faedah sukan untuk kesihatan fizikal adalah dapat meningkatkan komposisi badan, ketahanan tulang, mengurangkan risiko mengalami banyak penyakit dan meningkatkan jangka hayat. Seterusnya, faedah sukan untuk kesihatan mental ialah mengurangkan keletihan kronik, membangunkan kemampuan mental, meningkatkan emosi dan meningkatkan harga diri. Kesimpulannya, program seperti ini dapat banyak membantu peserta untuk menghilangkan rasa tekanan dari segi fizikal dan mental. Oleh itu, aktiviti sukan yang sedikit ataupun dalam masa yang singkat, dapat membantu tubuh kita untuk kekal sihat dan kuat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: