Kelas Asas Infografik
9 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniPada 8 Ogos 2021, telah diadakan kelas belajar Microsoft Powerpoint dan infografik bersama seorang pelajar Giat Mara Rantau Panjang bertempat di PIK Bukit Tandak. Objektif kelas ini adalah untuk melatih pelajar berkemahiran menggunakan Microsoft Powerpoint dengan lebih cekap dan seterusnya dapat meminimakan kesalahan ejaan dan memperbetulkan penggunaan simbol yang terdapat di dalam Microsoft Powerpoint. Pelajar juga diajar mengenal infografik untuk menjadikan slide lebih menarik dan padat.
Pada permulaan kelas, para pelajar diberi penerangan tentang asas penggunaan komputer dan fungsi setiap simbol yang terdapat dalam perisian komputer dan juga Microsoft Powerpoint. Seterusnya, pelajar diajar infografik bagi menghasilkan sebuah carta yang mengandungi maklumat. Daripada kelas yang diadakan, ianya dapat menambah ilmu pengetahuan pelajar serta dapat menambah kemahiran pelajar dalam menggunakan Microsoft Powerpoint. Diharapkan supaya pelajar lebih berminat untuk menggunakan kemudahan IT dan ICT yang disediakan di PIK. Kakitangan PIK Bukit Tandak amat mengalu-alukan kehadiran pelajar yang berminat untuk menyertai kelas secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan di PIK Bukit Tandak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: