Program Advokasi KafeTEEN @ PIK 2021-2022
30 September 2021 | Aktiviti TerkiniPada 29 September 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) Bukit Tandak telah mengadakan perkongsian bersama Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM) secara fizikal dan talian tentang Program Advokasi KafeTEEN @ PIK 2021-2022. Perkongsian ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 1.00 tengahari. Tujuan perkongsian ini diadakan adalah untuk mekanisme pelaksanaan melalui program advokasi KafeTEEN yang fokus kepada promosi Aplikasi myKafeTEEN dan Kempen #AmbilTahuBagiTahu serta pelaksanaan program KafeTEEN kepada kumpulan sasar di Pusat Internet Komuniti (PIK) yang terpilih.
Selain daripada itu, program ini juga mengenai inisiatif melalui jaringan kolaborasi strategik bagi menyebarkan tentang Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial kepada remaja di komuniti bandar dan luar bandar. Sepanjang program ini berlangsung, peserta diberitahu tentang butiran bahan-bahan promosi dan pendidikan yang akan disediakan sepanjang kempen ini berlangsung di setiap Pusat Internet Komuniti yang terpilih. Seterusnya, peserta juga diberi penerangan tentang pekerti cakna diri remaja Antara topik yang diterangkan adalah tentang seksualiti, risiko kehamilan, HIV/AIDS & jangkitan seksual, pembuangan bayi & rogol, abstimen, dan kemahiran teknik penolakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: