Kelas ICT Microsoft Office
20 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Bukit Tandak telah mengadakan kelas asas Ms Word pada 19 Febuari 2021 bermula jam 10 pagi hingga 1 petang dan disambung pula pada jam 3 hingga 5 petang. Pada permulaan sesi kelas, peserta diajar untuk mengenal asas Ms Word dengan membuat latihan penulisan dan ditambah dengan jadual.
Kami di Pusat Internet Komuniti Bukit Tandak menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para pelajar mahupun warga emas mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan pendidikan dan teknologi masa kini. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar kelas ini dapat melahirkan peserta yang cemerlang dari segi ICT dan pendedahan yang lebih menyeluruh tentang matlamat utama Pusat Internet ditubuhkan iaitu untuk merapatkan jurang antara pelajar-pelajar di luar bandar dan juga di bandar.
Antara aktiviti yang disediakan semasa program ini dijalankan adalah :
- Pengenalan mengenai Komputer dan Internet
- Sesi Pembelajaran Microsoft Office Word 2013 (basic)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: